"Ya Allah, berat sungguh ujianmu, kau berikanlah ketabahan kepadaku." itu saja yang sering muncul di dalam benakku. Adakah benar jalan yang aku pilih ini ya Allah.. Perkara ini terus menghantui dan meremaskankanku. Ayat itu yang seseorang sering menerjah fikiran yang mampu merunsingkan diriku ke peringkat 'severe tension'. Antara mahu dan perlu, antara sahabat dan kepentingan lain, mana yang lebih prioriti? Adakah aku akan menyakiti hati sahabatku sekiranya aku memilih jalan ini?.....adakah aku perlu berhenti......
Tapi, disepanjang ujianmu, aku bersyukur kerana engkau telah mengurniakan sahabat kepadaku. Mereka berada disisiku semasaku bersendirian dan sering meminjamkan telinga untuk mendengar rintihanku. Sungguhku syukuri atas nikmat ukhuwah ini, sekalipun mereka tidak menganggap perkara yang sama terhadapku. Harapanku ukhuwah terbina bukan atas dasar perkara lain melainkan hubungan seakidah dan ukhuwah ini kekal sehingga ke akhirnye.....







